Kami telah melaksanakan program ini sejak tahun 2010 lagi.
Kami juga berdaftar dengan SSM, maklumat pendaftaran boleh diperolehi dalam ruangan info.
Setiap penyertaan juga akan disediakan bukti bergambar lembu sembelihan seperti yang boleh dilihat pada gambar sembelihan tahun-tahun yang lalu di ruangan Galeri.
Kami juga menyediakan jaminan wang dikembalikan jika tiada gambar perlaksanaan diperolehi.
Bagaimanakah Qurban/Akikah saya akan dilaksanakan?
Program Ibadah Korban / Akikah ini akan dianjurkan di beberapa buah kampung sekitar pedalaman Kemboja.
Penyembelihan akan dilaksanakan oleh wakil perlaksana kami yang kemudian akan mengagihkan sebahagian daging kepada penduduk miskin di sana.
Bagaimana perlaksanaan dilakukan?
Penyembelihan dan urusan yang berkaitan akan dilakukan oleh wakil perlaksana kami di Kemboja sepenuhnya. Team kami tidak dapat bersama mereka seperti biasa berikutan sekatan perjalanan ke luar negara kerana covid.
Di negara mana qurban/akikah dilaksanakan?
Program Ibadah Korban / Akikah diadakan hanya di Kemboja sahaja. Tidak dilaksanakan di negara-negara lain.
Bagaimana untuk daftar?
Anda isi borang online di www.akikahkorban.com
Submit dan Buat Pembayaran Online.
Anda akan menerima sms dan e-mail sekiranya berjaya.
Link ke portal peribadi anda akan diemailkan untuk salinan resit, melihat gambar perlaksanaan dan sijil (setelah selesai).
Bila saya akan menerima gambar/sijil?
Gambar dan sijil akan diemailkan dan dimuat naik ke portal peribadi anda sejurus kami menerimanya dari Kemboja.
Anggaran 3 hingga 4 minggu untuk anda menerima gambar perlaksanaan berikutan penyertaan yang ramai dan lokasi perlaksanaan yang jauh di pedalaman.
Sudahkah qurban saya dilaksanakan?
Update secara langsung dari lapangan untuk setiap individu tidak dapat dilaksanakan berikutan penyertaan yang ramai, kekangan lokasi dan liputan Internet di Kemboja. Kami juga tidak berada di sana ketika qurban tahun ini akibat kekangan ke luar negara. Wakil perlaksana akan melaporkan kepada kami setelah berakhir tempoh jadual perlaksanaan qurban, kami akan beransur-ansur menghantar laporan dan gambar kepada peserta selepas itu.
Jadi bila saya boleh potong kuku?
Qurban dan Akikah anda akan dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha serta hari ke 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah.
Walaubagaimanapun anda disarankan untuk menunggu hingga maghrib 13 Zulhijjah sebelum mengakhiri sunat tidak memotong kuku. Update langsung status perlaksanaan tidak dapat dilakukan.
Apa beza antara Salam Akikah Korban dengan Ezqurban / Kembara Qurban / Quban Ikhlas / Qurbanaid / Al-ameen?
Saban tahun akan ada kekeliruan tentang ini. Salam Akikah Korban dan Ezqurban / KembaraQurban / Quban Ikhlas / Qurbanaid / Al-ameen merupakan syarikat yang berbeza beza. Kesemuanya melaksanakan qurban dan akikah, tetapi tiada kaitan dengan antara satu sama lain.
Anda boleh memilih kami atau juga boleh melakukan dengan mana-mana syarikat tersebut, kerana mereka juga merupakan organisasi yang baik dan berpengalaman.
Bolehkah mendaftar di pejabat?
Sejak berlakunya covid, kami tidak lagi beroperasi sepenuhnya di pejabat. Setelah perlaksanaan MCO beberapa kali, kami mendapati konsep WFH adalah lebih praktikal dan menjimatkan. Oleh itu tiada lagi operasi penuh dilakukan di pejabat dan pendaftaran di pejabat tidak lagi dilaksanakan.